Pesona Obama, Buku diulang cetak 5,000 Naskhah
oleh Azmi Mamat pada 20 Aug 2009

Buku ini baru sahaja diterbitkan namun tidak sampai seminggu, ia sudah diulang cetak. Laporan yang diterima daripada Jabatan Jualan, buku ini mendapat sambutan hangat di kedai-kedai buku. Sebahagian kedai buku yang baru sahaja menerima tempahan buku ini sudah mula membuat tempahan baru. jumlahnya pula bukan sedikit, tidak kurang daripada 100 naskhah bagi setiap kedai buku.
Apakah faktor yang menyumbang kepada penerimaan luar biasa ini? Analisis kami, ia adalah disebabkan faktor sensasi yang digunakan pada buku serta kesesuaian buku ini dengan isu hangat yang berlaku sekarang. Semua orang bercakap mengenai beliau. Obama, lelaki berkulit hitam pertama yang berjaya menakluk rumah putih. Lelaki yang penuh misteri. Identiti keislamannya, gaya pemikirannya serta gagasan dan visinya kepada dunia dipenuhi dengan unsur misteri. Ini secara tidak langsung membangkitkan perasaan ingin tahu masyarakat kepada tokoh ini. Kesannya, sambutan luar biasa kepada buku mengenai beliau ini. Jika dilihat kepada senarai buku terlaris di pasaran dunia juga ada kelibat buku ini.
Khusus kepada para pembaca yang belum mendapatkannya. Jangan lepaskan peluang menyertai kelompok pembeli buku ini. Tidak rugi memilikinya.
Hasil Perkongsian :
Mohd Ikram Mohammad Nor Wazir
Editor Kanan



Komen pengunjung:
27 Apr 2010
10:25 AM
Salam. test
27 Apr 2010
2:33 PM
Test 2