Babap Boi #1
Froggypapa
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
ISBN-13:
Tarikh Terbit: 6 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 128
Danial anak istimewa. Dia dilahirkan bersama kuasa istimewa yang menggerunkan. Sesiapa yang memandang matanya, pasti menangis teresak-esak tanpa sebarang sebab.
Kerana bimbang kuasanya diketahui umum, dia terpaksa merahsiakannya dan berhati-hati dalam setiap gerak serta tingkah laku ketika di sekolah, di rumah dan di mana-mana sahaja. Namun bukan mudah baginya melalui semua ini sebagai seorang kanak-kanak biasa. Banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dia hadapi.
Sebagai insan istimewa, Danial akur dan pasrah. Inilah pahit manis hidup yang perlu dilalui kerana dia adalah… Babap Boi!



