Nuri Aneesa

Mohd Khairul Nizam

Irma Hasmie

IRMA HASMIE IBRAHIM adalah hos rancangan televisyen, Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah dan mengacarakan rancangan realiti, Solehah. Lulusan Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik ini terlibat secara aktif dalam lakon drama, filem dan program televisyen termasuk penampilan komersial tempatan.


Syed Fadhil

Beliau dilahirkan di Seremban dan dibesarkan di Cheras, Kuala Lumpur. Pemegang Diploma dan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Penyelengaran Pesawat Terbang ini mula berjinak-jinak dalam bidang fotografi sekitar 2006.

Beliau adalah salah seorang pemilik Cherita Pictures dan penulis utama di laman blog BelajarKamera.com serta jurulatih utama bagi program Celik DSLR yang dianjurkan oleh laman blog tersebut di studio Cherita Pictures.

Bagi yang berminat untuk menyertai program Celik DSLR, sertai lebih 2500 ahli 'group' BelajarKamera.com di Facebook dengan melawati http:/www.facebook.com/grops/belajarkamera/

 

 

Aziel Azhar

Dilahirkan di Klang dan kini menetap di Kajang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Methodist (p) Klang dan Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan sebelum melanjutkan pengajiannya ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah di Universiti Teknologi Malaysia.

Minatnya dalam fotografi mula berkembang ketika di universiti, namun kerana kos pemprosesan yang tinggi membuatkan minat itu terbantut seketika sebelum kembali berkembang dengan kewujudan teknologi DSLR.

Beliau menubuhkan Cherita Pictures bersama rakan kongsinya Syed Fadhil sejak awal tahun 2007 dan mula menjadi jurugambar sepenuh masa sejak penghujung tahun yang sama. Kini, beliau masih lagi menguruskan studio Cherita Pictures dan menjadi jurugambar senior yang terlibat dalam kerja-kerja fotografi yang tidak hanya terhad untuk perkahwinan, malah juga untuk keperluan korporat dan komersial.

Kunjungi laman web Cherita Pictures di www.cheritapictures.com ataupun laman Facebooknya di www.facebook.com/cheritapictures

 

Zulkifli Abdullah

Zulkifli Abdullah dilahirkan pada 1985 di Kuala terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Mizan Zainal Abidin sebelum memasuki Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Beliau mula menceburi bidang penulisan blog pada 2006 dan pada tahun 2007 beliau memulakan blog www.melayubuntu.blogspot.com sebuah blog berkenaan sistem operasi komputer Ubuntu Linux. Blog adalah cubaan pertama beliau dalam penulisan teknikal di bidang IT terutamanya dalam bahasa melayu. Sehingga hari ini, blog melayubuntu masih menjadi sumber rujukan kepada pengguna sistem operasi Ubuntu Linux seluruh Negara.

Imran Abdul Jabar

Imran Abdul Jabar adalah pengasas sifoo.com. Walaupun mempunyai ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada Virginia Tech University, USA, beliau menceburi pula bidang reka bentuk grafik dan laman web pada tahun 1997. Beliau pernah berkhidmat sebagai pereka bentuk grafik dan multimedia di beberapa syarikat multimedia sebelum ini. Kini, beliau menumpukan sepenuh masa bagi menguruskan Sifoo.com dan mengendalikan kursus-kursus berkaitan grafik dan multimedia.

Dr. Elaine Fogel Schneider

Jerry D. Gray

Ryu Tri

Al Ghazali

Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal diSekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti TeknologiMara (UiTM) Shah Alam.
Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.
Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah danSiasah.

Abd Rahim Ismail

Abd Rahim Ismail adalah pemegang ijazah sarjana muda Pengurusan Sistem Maklumat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2005. Berpengalaman dalam bidang pengurusan projek semasa berkhidmat di Skali yang terlibat dalam membangunkan laman web kerajaan dan pihak swasta. Beliau pernah terlibat dalam projek seperti Intranet Proton, Intranet CIMB, laman web KWSP dan memberi latihan kepada pelajar UKM serta Takaful Malaysia. Beliau menjawat jawatan sebagai Projek Eksekutif di syarikat Sage Interactive Sdn Bhd. Tugas utama di syarikat tersebut ialah memberi latihan IT kepada kakitangan PETRONAS. Akhirnya, beliau mengambil keputusan untuk menyambung pengajian peringkat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam bidang Reka Cipta pada tahun 2008. Kini beliau mengajar di SKJ(C) di Kuala Kangsar, Perak.

Md. Amirol Ibrahim

Robert T. Kiyosaki

Zuhairi Nopiah

Zuhairi Mohd Nopiah berkelulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah, Usuluddin dan Al-Quran dari Universiti Malaya (UM).

Pernah bertugas sebagai Pensyarah dan Ketua Eksekutif di beberapa Kolej di tanahair. Beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Pembangunan Profesional dan Korporat di Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building dan bengkel pengurusan strategik.

Beliau merupakan NLP Practitioner di bawah National Federation of Neuro Linguistic Programming, U.S.A. Dalam masa yang sama, beliau merupakan Trainer Bertauliah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Kementerian Sumber Manusia dan Fasilitator Pembelajaran Profesional Bertauliah di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Yusry Yusopp

M. Quraish Shihab

 

Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab adalah seorang cendekiawan muslim dalam ilmu-ilmu al-Quran dan mantan Menteri Agama pada Kabinet Pembangunan VII (1998), Indonesia. Melanjutkan pengajiannya ke Universitas al-Azhar di Fakulti Ushuluddin, Jurusan Tafsir dan Hadits. Pada tahun 1969, Prof. M. Quraish Shihab meraih M.A. dalam jurusan yang sama. Beliau terus mendalami ilmu tafsir, dan pada tahun 1980 Quraish Shihab meneruskan pengajian ke peringkat Ph.D. di Universiti al-Azhar bagi dalam pengkhususan tafsir al-Quran. 

 

Heizal Hezry Omar

 Beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sejak tahun 2000. Berkelulusan Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Ibnu Tofail, Morocco dan juga Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD di Kuliah Syariah, Universiti Yarmouk, Jordan.

Marwan Hamdi

Dr

Beliau bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sejak tahun 2000.

Fadhli Hamdan

Ummu Anas

Noraini binti Eslah atau lebih dikenali sebagai Ummu Anas, merupakan penulis bebas dan juga kolumnis tetap sebuah majalah ilmiah tempatan – Majalah Haluan.(1995- sekarang) Sekali-sekala juga muncul dalam ruangan cerpen Majalah Mingguan Wanita.

Anak kelahiran Kuala Selangor pada 1.8.1960 ini telah mendapat pendidikan awal dan rendah di Petaling, Selangor. (1967 – 1972)

Kemudian mendapat pendidikan menengah dan tinggi di BBGS , Bukit Bintang, Kuala Lumpur. (1973-1978)

Setelah berumah tangga dengan seorang pensyarah UTM , beliau berhijrah pula ke Skudai, Johor Bahru pada tahun 1985 sehingga sekarang. 

Perkembangan dunia siber hari ini turut mendapat tempat di hati Noraini Eslah. Beliau tidak mahu ketinggalan untuk mengembangkan lagi hasil penulisannya di alam siber pula.

Lantaran itu Noraini Eslah memulakan usahanya memaparkan hasil coretan dan artikel-artikel motivasinya dalam halaman blog pribadi; http://ummu-anas.blogspot.com - UMMU ANAS –Jalan-jalan yang Kulalui.

Kemudiannya Noraini Eslah telah diminta pula menulis di laman web Haluan Malaysia, http://www. haluan.org.my/haluanita, juga masih bertemakan sudut motivasi kerohanian dan menumpukan kepada khalayak remaja.

Muhd Nur Iman Ramli

Mohd Kamel Haji Mat Salleh

Alliyah Farha

Mohd Hariri bin Haji Mohamad Daud

Muhaya Mohamad MD, FRCS, Ph.D.

Marl Elnina

Janet Switzer

Najah Pauzi

Najah Pauzi merupakan anak kelahiran Bandar Baharu Kulim Kedah. Dilahirkan pada 17 Jun 1988. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Selasih, Kulim seterusnya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiyah Baling, seterusnya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Islam (USIM) dalam jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi. Pernah bertugas sebagai editor pengurusan di PTS Islamika dan sekarang berkhidmat sebagai guru di Sek Keb Sementa Klang, Selangor. Buku ini merupakan karya pertama beliau bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi. 

 

 

Tasaro GK

Jubilee Enterprise

Imran Yusuf

Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.

Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.

Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.

Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.

Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.

Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).

Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.

Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).

Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).

Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).

Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan The Art of Closing The Sale (2009).

Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).

Dr Zaharuddin Abd Rahman

Dr. Zaharuddin Bin Abd Rahman mendapat ijazah Sarjana Muda dalam bahagian Usuluddin dari Universiti Malaya dan seterusnya Sarjana (M.A) dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh (pengkhususan dalam bidang Fiqh Mu'amalat dan Maqasid Syariah) dari University Al-Yarmouk, Jordan. Dan PhD dari University of Wales, United Kingdom. Juga mempunyai ijazah ilmiyyah dari Sheikh Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.
 
Pernah bertugas sebagai Pengurus Kanan di RHB Islamic Bank Berhad dan juga Ketua Jabatan Shariah di Asian Finance Islamic Bank Berhad, Malaysia
 
Kini beliau bertugas sebagai Penolong Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. Pada masa yang sama beliau berfungsi sebagai Ahli Majlis, Institut Perbankan & Kewangan Islam UIAM, Ahli Lembaga Pengarah Al Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd, Ar- Rajhi Bank, Siraj Capital Jeddah, Associate Lecturer dan Certified Trainer di The Markfield Institute of Higher Education, Leceister, United Kingdom, Penasihat Shariah Yasmin Holdings Malaysia dan  beberapa syarikat korporat lain di Malaysia.
 
Beliau aktif menulis buku, sehingga kini beliau mempunyai 13 buah buku di dalam bahasa melayu, Inggeris dan arab. Beliau juga merupakan kolumnis Majalah Solusi, Majalah i,  Majalah Fardhu ’Ain dan Majalah Iktisad.
 
Selain itu, beliau juga kerap muncul di media seperti
 
  1. Slot Bicara Muamalat di Radio ikim.fm ( setiap hari Rabu jam 5.15 hingga 6 petang),
  2. Slot Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Muqaddimah di TV 9,
  3. Slot Al-Kuliyyah di TV3,  
  4. Slot Assalamualaikum dan Bicara di TV Al-Hijrah,
  5. Dokumentari di Astro dan
  6. Selamat Pagi Malaysia di RTM
  7. Dokumentari di Al-Jazeerah International
 
membicarakan pelbagai isu dan hal ehwal Shariah, semasa, ekonomi Islam dan perbankan Islam.
 
Juga dinobatkan sebagai pemenang web islam islamic individu terbaik oleh Anugerah Media Islam Negara 2009 melalui website beliau www.zaharuddin.net yang mempunyai pengunjung berbeza (unique visitors) purata setiap hari seramai 5000 orang. Facebook fan beliau iaitu zaharuddin.nethingga kini disukai (like) oleh 292,000 orang.

Aimee Nour

Kamaruzaman Jahidin

Hilal Azman

Husna Adnan

Penulis ini dahulunya salah seorang editor di PTS One dalam unit remaja. Beliau biasanya menulis nukilan di blog sahaja, tetapi kini mula menceburi bidang penulisan novel. Beliau dilahirkan di Hospital Bersalin Kuala Lumpur, dan menetap di Kajang hingga sekarang. Merupakan graduan Diploma Komunikasi Massa UiTM Shah Alam, dan melanjutkan pengajian ijazah dalam jurusan Penerbitan di universiti yang sama, menjadi satu bonus bagi beliau demi menggilap pengalaman dalam industri ilmu ini. Beliau berhasrat menjadikan karya-karyanya sebagai karya santai dan humor, yang penuh dengan mesej positif, sesuai bagi semua golongan pembaca, terutamanya remaja dan dewasa.

Hilmi Isa

Jamal Ma’mur Asmani

Fairuz Fairiz

Fazlan Iskandar

Amy Newmark

Mark Victor Hansen

Jack Canfield

Shah Kadir

Seth Godin

Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lahir pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang. Dr. Mohd Asri meraih Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ph. D Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.

Dr. Mohd Asri merupakan seorang kolumnis tetap mingguan di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 - sekarang), selain mencambah dan menyebar ilmunya di laman web beliau MINDA TAJDID: drmaza.com. Sejak tahun 2003, Dr. Mohd Asri sudah menghasilkan sebanyak 21 buah buku menerusi pelbagai saluran penerbitan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sejak tahun 2004 sehingga 2008 dengan jumlah sebanyak 44 judul kertas kerja. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Beliau yang juga seorang pensyarah tetap di Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom (UK) di bawah USM.

Ikhtiaruddin Md Yasim

Roland Tan Chee Teik

Mia Bevina

Martin Manser

Peter Spalton

Mint Kang

Xu Hui

Azizi Haji Abdullah

Azanil Fitri

John Perkins

Nippan

Salim A. Fillah

John Wood

Leaving Microsoft to Change the World

Hanna Johan

Mama Bella

Benny Rhamdani

Meidya Derni

Lana Syahbani

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Darulaman Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.

Beliau banyak menumpukan pengajian agama secara talaqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu sehingga beliau mampu mengajar di surau dan masjid di sana. Kini, beliau dijemput bagi menyampaikan ceramah dan kuliah pengajian di seluruh negara. Nama beliau meningkat naik semasa beliau menyampaikan kuliah pengajian di Terengganu seterusnya pengajian beliau dimuat naik melalui laman Youtube. Dengan gaya bersahaja, humor dan tegas dan menjadikan beliau terkenal dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau.

Cloude Nimbus

Nor Azri Nor Azmi

Nazel Hashim

Ma Weichi

Jiang Wei

Amroeh Adiwijaya

Syeikh

Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka

Mahsuri Ayu

Mahsuri Ayu berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang penulisan. Fokus utama beliau berkaitan kecantikan, fesyen dan kesihatan. Beliau pernah berkhidmat sebagai penulis di sebuah majalah tempatan, selain menjadi penulis tetap untuk ruangan kecantikan dan kesihatan.

Pengalaman penulis dalam industri kecantikan, menemuramah pengusaha salon dan spa, mendapatkan informasi berkaitan kesihatan daripada pakar dan ahli farmasi, mencetuskan idea kepada beliau bagi menghimpunkan koleksi resipi ibu berpantang cara Melayu. Informasi yang dikemukakan bertepatan dengan permintaan wanita yang mahukan tip ataupun cara berpantang terbaik selain panduan pemakanan semasa tempoh berpantang.

Kini beliau adalah penulis bebas sepenuh masa. Para pembaca boleh layari http://infokesihatankecantikan.blogspot.com bagi mendapatkan tip-tip kesihatan yang lain daripada penulis.

Syeikh

Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.

Syeikh

Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.

Ustaz

Beliau dilahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Hj. Mohd Shariff, Alor Star, Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Daul Aman, Alor Star, Kedah (tingkatan 1-2) dan Sekolah Menengah Sulaiman, Kuala Terengganu (tingkatan 3-6).

Beliau mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Negeri Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau di seluruh Malaysia. Sebelum penerbitan buku ini, beliau juga menghasilkan vcd kuliah dan ceramah agama yang boleh didapati di pasaran.

Beliau boleh dihubungi di http://www.ustazazhar.com dan juga di laman Facebook http://facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original sebagai medium memperluaskan lagi dakwahnya.

Dale Fetherling

Christopher Witt

Rae Mustafa

Ali Muakhir

Fatimah Syarha Mohd Noordin

Fatimah Syarha Binti Hj. Mohd Noordin dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Quran bersanad dan Daurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.

 Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Selain itu beliau aktif dalam ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk semua peringkat umur seperti golongan remaja di sekolah-sekolah, golongan berkerjaya. Aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Solusi dan majalah Haluan serta minat berpuisi. 

Malina J.

Mohd. Zulfadli bin Suddin

Nur Hafizah Shaarani

Muhammad Nizar Bin Jamaludin

Beliau bertugas sebagai seorang Jurutera Instrumen di Petronas Gas Berhad. Mendapat Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.

Beliau meneroka peluang baru dengan mengambil produk terus dari sumber iaitu China. Akhirnya beliau dan isterinya menubuhkan syarikat rundingan dan latihan untuk membawa usahawan Muslim ke China, G Minds Group Sdn Bhd. dengan usahasama Tuan Muhammad Shuaib Jamaludin dan isteri, Cik Puan Rasidah Rosli.

G Minds Group atau lebih mesra dengan panggilan Tim Great Minds mempolopori Trip Borong China menggunakan kaedah yang diberi nama “Survivor Mode”. Usahawan yang dibawa memborong ke China diajar cara-cara menggunakan kenderaan awam yang utama di Guangzhou iaitu Metro Guangzhou untuk pergi ke Plaza-plaza Borong dan restoran-restoran halal. Mereka yakin percaya, dengan menguasai cara untuk bergerak di sekitar Guangzhou menggunakan kenderaan awam, usahawan akan lebih yakin, berani, berdikari dan mampu untuk menjalankan bisnes di China dengan kos yang rendah.

Kini mereka sudah memperkenal destinasi borong terbaru iaitu bandar Saigon, Vietnam. Tim Great Minds dalam rangka untuk mengembangkan lagi sayap ke destinasi borong yang lain di masa akan datang, Insya-Allah.

Encik

Merupakan tenaga pengajar di Sekolah Agama Rakyat Ummi al-Hidayah, Kuala Menggatal, Kota Kinabalu, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan agama di Pusat Latihan Dakwah Kudat sebelum meneruskan pengajian lanjutan di Pusat Latihan Dakwah Keningau.

Artis-Artis Komik-M

Artis-Artis Komik-M adalah gabungan pengkarya-pengkarya komik di bawah label Komik-M. Karya-karya mereka dihimpun dan diterbitkan sebagai antologi mengikut tema-tema tertentu. Antara komik yang dihasilkan oleh mereka adalah Komik-M Raya, Kad Raya Dari Syurga, Aku, Kau & Malaysia dan banyak lagi.

Jon Suraya

Jon Suraya adalah antara bakat baru komik daripada kalangan wanita. Karya-karya komik beliau pernah tersiar di beberapa majalah komik tempatan seperti Blues Selamanya, G3 dan lain-lain. Amylea Si Penyelamat Anak Patung adalah komik solo pertama beliau bersama PTS. Beliau juga giat menghasilkan komik antologi bagi terbitan Komik-M seperti Aku, Kau & Komik, Aku, Kau & Bola dan lain-lain.

Rachmat Ramadhana al-Banjari

Rahmat Ramadhana al-Banjari lahir di sebuah kota kecil di Murung Pudak, wilayah Tabalong, Kalimantan Selatan.

 

Pada ketika ini, penulis masih aktif mengajar di Pondok Pesantren Raudhatul Muttaqien di Jogjakarta. Beliau tinggal di kawasan sekitar itu. Penulis juga aktif memberikan ceramah dan kuliah di majlis-majlis ilmu sekitar Jogjakarta.

 

Buku ini adalah salah satu daripada beberapa karyanya yang lain. Antaranya Isteriku Bidadariku 'Pintu Berjumpa Allah' (Pustaka al-Furqan), Indahnya Poligami (Pustaka al-Furqan), Psikologi Iblis (Diva Press), dan Mengharungi Samudera Ikhlas (Diva Press).

Rachmat Ramadhana al-Banjari

Rahmat Ramadhana al-Banjari lahir di sebuah kota kecil di Murung Pudak, wilayah Tabalong, Kalimantan Selatan.


Pada ketika ini, penulis masih aktif mengajar di Pondok Pesantren Raudhatul Muttaqien di Jogjakarta. Beliau tinggal di kawasan sekitar itu. Penulis juga aktif memberikan ceramah dan kuliah di majlis-majlis ilmu sekitar Jogjakarta.


Buku ini adalah salah satu daripada beberapa karyanya yang lain. Antaranya Isteriku Bidadariku 'Pintu Berjumpa Allah' (Pustaka al-Furqan), Indahnya Poligami (Pustaka al-Furqan), Psikologi Iblis (Diva Press), dan Mengharungi Samudera Ikhlas (Diva Press).

Ima Imrani

Chef Nor Aini Adnan

chef sarji

Areeya Zahra

Adnan Hasan Salleh

Ummu Munzir

Yasashi Yusra